Senin, 11 Agustus 2008

Lirik Lagu Wang Ada Di Mana Mana penyanyi Gugusan Syair Alif Mokhter

Penyanyi / Artist : Gugusan Syair Alif Mokhter

Wang Ada Di Mana Mana
Gugusan Syair Alif Mokhter
Banyak ditemui gadis di jalan

Bermini telekung ditegur jangan

Berpakaian hitam tubuh berselubungan

Berminyak berbedak mereka jauhkan

Bermini telekung berbaju kurung

Terdedah muka nampak hidung

Dapat di kota dan jua kampung

Di kilang di pasar malah di gedung

Gadis pesta berbaju ketat

Berseluar panjang nampaknya sendat

Berkacamata boleh didekat

Menegur menyapa perlulah beringat

Berbaju kebaya kain tempahan

Terutama pramugari terbang di awan

Rupanya ayu amat menawan

Mudah ditegur dan berkenal-kenalan

Kebaya pendek kain terbelah

Bertumit tinggi betis terdedah

Di tangga karan tak perlu melangkah

Makan kat warung tak lagi kat rumah

Di sana berambut dipotong pendek

Bila keseorangan bolehlah didokek

Awasi tangan colek-mencolek

Bercakap dengannya usah merapik

Mendekati gadis kalau berani

Perlulah tuan berhati-hati

Mungkin di sana anak sendiri

Pakaian berpergian dah pula berganti

Banyak kedapatan gadis sekolah

Berpakaian seragam keluar rumah

Bertemu kawan mengajak berkelah

Pakaian seragam segera diubah

Gadis kampung taklah gitu

Berpakaian kemas tanpa gincu

Kini dah jinak dulu pemalu

Mahu berkenalan ke rumahnya dulu

Dunia sekarang adalah mainan

Rang tua di rumah penuh berkeyakinan

Gadis di jalan buat lakunan

Wang dan ringgit memutar haluan

Banyak kini dipasang jebak

Dengan umpannya manis dan lemak

Di mana gadis terlalu banyak

Ada yang terdorong akhlak pun rosak

Banyak kedapatan yang memetik bunga

Tanpa waspada mereka terkena

Bunganya harum dah hilang madunya

Mungkin kat madu dah berisi cuka

Ada juga gadis yang sadar

Tegal bergaul gadis terpelajar

Mereka ditunjuk diajar kenal

Kat mana yang elok di mana yang hunar


Selasa 6.00 petang - 12 Mei 1992


Website Top Lirik lagu ini tidak menyediakan Download MP3 Lagu Wang Ada Di Mana Mana - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download Audio Lagu Wang Ada Di Mana Mana - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download Vidio Lagu Wang Ada Di Mana Mana - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download Music Lagu Wang Ada Di Mana Mana - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download MP4 Lagu Wang Ada Di Mana Mana - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download 3GP Lagu Wang Ada Di Mana Mana - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download DVD Lagu Wang Ada Di Mana Mana - Gugusan Syair Alif Mokhter

Lirik lagu, sajak dan kord gitar Wang Ada Di Mana Mana yang dinyanyikan oleh (artis) Gugusan Syair Alif Mokhter di website ini hanya digunakan untuk tujuan pendidikan dan promosi. Jika anda menyukai Lirik lagu Wang Ada Di Mana Mana - penyanyi (artis) Gugusan Syair Alif Mokhter silakan membeli Kaset/CD/DVD original di toko kesayangan Anda.

Tidak ada komentar: