Rabu, 10 September 2008

Lirik Lagu Perkampungan Peneroka penyanyi Gugusan Syair Alif Mokhter

Penyanyi / Artist : Gugusan Syair Alif Mokhter

Perkampungan Peneroka
Gugusan Syair Alif Mokhter
Bertemu kami di sebuah perpindahan

Di mana perkampungan sebuah penempatan

Hati diimbau pelbagai persoalan

Kini masyarakatnya baru berjiran

Datang kami dari beberapa sudut

Anak-anak Malaysia yang kerap melutut

Faham dan ragamnya berbagai anut

Di sini pada awalnya nampaknya kusut

Di sana pembaruan mahu dilaksanakan

Oleh pemimpin yang menerima pemilihan

Lah muafakat, berunding mencari kebulatan

Kan menyatukan ragam, adat dan keturunan

Membimbing masyarakat yang banyak kerenah

Gunakan pengalaman, gunakan siasah

Sabar, tekun dan sedia bersusah-payah

Mengelakkan di sana tak ada telagah

Mahukan pembaruan ke arah satu matlamat

Menerangkan tujuan adakan rapat

Antara mereka mematuhi adat

Kena gayanya mereka kan terpikat

Pemimpin yang tegak usah menyombong

Usah bercakap dicampuri bohong

Laku dan perbuatan usah serong

Rengankan tangan, sanggup menolong

Di orang susah usah dibiarkan

Mana yang sakit ziarah dilakukan

Antaranya pula mahukan bantuan

Hulurkan segera usahlah dilengahkan

Masyarakat yang baru banyak masalah

Pemimpin yang baru usahlah latah

Tak mampu memimpin berterus-teranglah

Mungkin yang baru sanggup ke tengah

Banyak terdapat yang tanpa pengalaman

Dalam dadanya tak pula berpengetahuan

Ke hulu ke hilir menunjukkan kebolehan

Di dalam dewan membanyakkan cawan

Para peneroka usah pula berlagak

Menyombong, bercakap banyak tergelak

Kita semua bukan lagi budak-budak

Hormati carian membekalkan anak-anak

Tunjuk ajar kita terima dengan baik

Sekalipun dah reti tegal cerdik

Di rumah fikirkan dulu wahai encik

Yang buruk buang eloknya saja ambik

Ini pesan rang tua pada tuan-tuan

Kecil orang usah nak ditelan

Buruk orang usah disangka tak berpengalaman

Cantik orang usah disangka sultan

Setakat ini pandangan kami

Di dalam masyarakat yang sanggup berdikari

Bersama-sama hendaknya kita menyedari

Seia sekata ketika duduk dan berdiri


Ahad 7.00 petang - 26 April 1992


Website Top Lirik lagu ini tidak menyediakan Download MP3 Lagu Perkampungan Peneroka - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download Audio Lagu Perkampungan Peneroka - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download Vidio Lagu Perkampungan Peneroka - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download Music Lagu Perkampungan Peneroka - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download MP4 Lagu Perkampungan Peneroka - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download 3GP Lagu Perkampungan Peneroka - Gugusan Syair Alif Mokhter, Download DVD Lagu Perkampungan Peneroka - Gugusan Syair Alif Mokhter

Lirik lagu, sajak dan kord gitar Perkampungan Peneroka yang dinyanyikan oleh (artis) Gugusan Syair Alif Mokhter di website ini hanya digunakan untuk tujuan pendidikan dan promosi. Jika anda menyukai Lirik lagu Perkampungan Peneroka - penyanyi (artis) Gugusan Syair Alif Mokhter silakan membeli Kaset/CD/DVD original di toko kesayangan Anda.

Tidak ada komentar: